Produser Bollywood rancang bikin filem mengenai Dr. Mahathir 0 5602

KUALA LUMPUR – Seorang produser Bollywood merancang pembikinan filem mengenai kemenangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjawat kembali jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menggambarkan beliau sebagai penyelamat dalam kempen memerangi rasuah.

Raman Kumar, 73, berkata, filem itu akan memberi tumpuan kepada intrik politik dan bagaimana Dr. Mahathir menggunakan akal budi, kebijaksanaan dan pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003 untuk berkempen atas platform anti-rasuah untuk menerajui negara sekali lagi.

“Saya mahu mengarahkan dan menghasilkan filem ini kerana Dr. Mahathir pada usia 92 tahun telah dapat membawa rakyat Malaysia supaya bersama-sama dengan apa yang terbukti sebagai pilihan raya kemenangan (bagi beliau dan pakatannya). Beliau memang memiliki kekuatan, keinginan dan ketabahan yang mengagumkan,” katanya kepada Bernama.    

Dengan tajuk filem yang dirancang bertajuk ‘Mahathir Penyelamat Malaysia’, filem itu akan dirakamkan dalam bahasa Hindi dan dialih suara ke Bahasa Melayu dan Inggeris.

Raman yang telah menghasilkan lebih daripada 10 filem termasuk lima di Malaysia menyatakan bahawa kepimpinan Dr. Mahathir dalam memupuk hubungan antara kaum telah mendorong rakyat Malaysia untuk mengundi bagi sebuah kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikannya selepas 60 tahun kemerdekaan.

“Saya ingin menceritakan kisah kegigihan mengubah Malaysia selepas enam dekad percubaan dan kesukaran serta cara rakyat Malaysia begitu merasakan momen pembangkang (ketika itu) menang (pilihan raya),” katanya.

Dr. Mahathir menerajui PH untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) pada 9 mei lalu meranapkan gabungan Barisan Nasional (BN) yang begitu hebat di bawah pendahulunya Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah meletak jawatan sebagai pengerusi BN.

“Malaysia dilahirkan semula. (Mei adalah hari baharu. Malaysia telah diberi peluang baharu),” kata Raman mengenai kemenangan PH yang menakjubkan di bawah pimpinan Dr. Mahathir.

Saya mendapati karakter Dr. Mahathir penuh berwarna warni dan kami ingin menceritakan kisahnya dalam keadaan begitu. Ia melibatkan banyak penyelidikan dan kami telah mendapatkan seorang penulis skrip rakyat Malaysia yang memahami politik Malaysia dengan baik,” kata produser itu merujuk kepada M. Krishnamoorthy, seorang wartawan terkenal serta seorang profesor madya.

Raman yang pernah tinggal di United Kingdom, Mumbai, India dan juga Malaysia, berkata filem itu akan menampilkan pelakon Malaysia dan sebahagian daripada kru filem akan datang dari Mumbai. – Bernama 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15420

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news