Projek persekutuan di Sarawak tetap diteruskan, kata PM 0 6048

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek-projek Persekutuan di Sarawak akan diteruskan tanpa mengira kerajaan yang memerintah negeri ini.

Beliau berkata, bagi kerajaan persekutuan, Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia dan pembangunan negeri ini adalah tanggungjawab Putrajaya.

“Sudah tentu kami lebih suka dengan sebuah kerajaan yang mesra, dari parti yang sama dengan kerajaan persekutuan (Pakatan Harapan).

“Tetapi sama ada ia kerajaan yang berbeza atau sama, projek persekutuan di Sarawak akan diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup mengenai kemajuan projek persekutuan di Sarawak di Bintulu hari ini.

Ditanya mengenai kerajaan negeri Gabungan Parti Sarawak (GPS) menawarkan RM1 bilion untuk digunakan bagi membina semula sekolah yang uzur di negeri ini, beliau berkata ia satu pinjaman.

“Saya rasa mereka (kerajaan negeri) mahu pinjamkannya kepada kita. Tetapi kerajaan negeri juga berhutang wang dengan kita.

“Kita lebih setuju sekiranya mereka bayar sahaja wang yang mereka hutang dengan kita…Mereka mempunyai banyak wang dan belanjawan Sarawak adalah yang terbesar di Malaysia, RM11 bilion (untuk tahun hadapan),” katanya.

Dr Mahathir juga berharap kerajaan negeri tidak begitu mendesak berhubung royalti minyak kepada negeri ini.

Sarawak menuntut agar royalti minyak sebanyak lima peratus daripada kerajaan persekutuan dinaikkan kepada 20 peratus sebagai sebahagian daripada hak istimewa negeri seperti termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Mengenai membina semula dan menaiktaraf 116 sekolah yang uzur di seluruh negeri ini melibatkan peruntukan RM443.5 juta tahun ini, beliau berkata ia mengambil masa agak panjang untuk mendapatkan bahan pembinaan.

Setakat ini 77 buah sekolah seumpama telah siap dan 39 lagi dalam pelbagai fasa pelaksanaan yang menggunakan sistem pembinaan penindustrian (IBS).

Semasa sesi taklimat oleh Setiausaha Persekutuan Sarawak Mansor Man, perdana menteri juga diberitahu bahawa 597 projek fizikal berjumlah RM14 bilion diperuntukkan kepada negeri ini di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Dr Mahathir, yang tiba di bandar minyak dan gas itu petang semalam untuk melancarkan Bersatu Sarawak, kemudian berlepas ke ibu negara dari Lapangan Terbang Bintulu.

Beliau ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

-Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13165

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12631

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news