PROTON kekalkan momentum jualan pada Oktober 0 5707

PROTON kekalkan momentum jualan pada Oktober

Kuala Lumpur: Syarikat automotif nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) meningkatkan momentum jualannya untuk bulan kelima berturut-turut, merekodkan jumlah jualan bertambah 20 peratus pada Oktober kepada 11,392 unit berbanding bulan yang sama pada 2019.

Dalam kenyataan semalam, jenama kereta tempatan itu berkata, syarikat bermula pada suku akhir tahun ini dengan kukuh tetapi menurun 4.6 peratus berbanding September.

Syarikat automotif itu berkata, sebanyak 84,999 unit dijual secara keseluruhan pada tahun ini, penambahan sebanyak 6.2 peratus berbanding tahun lalu, pegangan pasaran dianggarkan mencapai 21.3 peratus.

Proton berkata, tiga model Proton masih lagi mendahului segmen pasaran iaitu Proton Persona, yang menghadapi sebilangan pesaing baharu, tetapi mendahului pasaran sedan segmen-B dengan 2,360 unit.

Proton X70 pula mencapai 2,216 unit untuk kekal sebagai SUV (kenderaan utiliti sukan) terlaris di Malaysia.

Syarikat itu berkata, Proton Exora juga kekal di hadapan pasaran MPV (kenderaan pelbagai guna) segmen-C, membuktikan pasaran untuk kenderaan besar yang mempunyai tujuh tempat duduk masih ada, walaupun jualan SUV semakin bertambah.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, penambahan kadar pelancaran model baharu dan jumlah jualan bulan Oktober adalah antara tanda pemulihan pasaran automotif Malaysia dan menganggarkan jumlah pengeluaran keseluruhan industri (TIV) pada Oktober akan melebihi 57,000 unit, iaitu jumlah kedua tertinggi bagi tahun 2020.

“Ini adalah bukti ketara pemulihan industri. Proton amat bersyukur kerana jualan bulanan bertambah berbanding tahun lalu dan penambahan pula amat stabil, tetapi kami yakin boleh mencapai prestasi yang lebih tinggi.

“Kajian terhadap prestasi jualan secara terperinci menunjukkan jualan menurun secara mendadak di Malaysia timur, manakala di wilayah tengah pula tiada penambahan berbanding September.

“Ini dipercayai disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang mengurangkan pergerakan penduduk dan memberi kesan kepada jualan, tetapi mungkin juga kerana pelanggan menanti-nantikan pelancaran Proton X50, model Proton terbaharu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Proton yakin akan dapat mengakhiri tahun ini dengan pencapaian cemerlang supaya dapat mencapai matlamat yang lebih tinggi pada 2021. – Harian Metro

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13115

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news