Prototaip pertama mobiliti udara dijangka dilancar Oktober ini 0 5799

KUALA LUMPUR: Prototaip pertama mobiliti udara dijangka dilancarkan seawal Oktober ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata pembangunan prototaip berkenaan melibatkan beberapa syarikat persendirian dan tidak membabitkan sebarang perbelanjaan duit kerajaan.

“Industri ‘air mobility’ adalah antara bidang keusahawanan baharu yang dikenal pasti mempunyai potensi tinggi dalam pasaran tempatan dan antarabangsa terutamanya sektor infrastruktur, keselamatan dan pertanian.

“Kementerian hanya memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam membangunkan ekosistem industri ‘air mobility’ terutamanya dalam aspek menggubal polisi, peraturan dan sokongan industri tempatan bagi memenuhi keperluan untuk membangunkan industri ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) yang ingin tahu status perkembangan pembangunan model prototaip kereta terbang.

Mohd Redzuan berkata mobiliti udara itu akan mengaplikasikan teknologi terkini seperti dron, analisis data raya dan kecerdasan buatan yang pada masa ini telah berkembang pesat terutamanya di peringkat antarabangsa.

Katanya, kementerian juga sedang menjalankan libat urus dengan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam bagi membincangkan keperluan atau undang-undang yang perlu bagi mempersiapkan industri itu. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news