Budak Tahun Enam rogol kanak-kanak empat tahun 0 6207

BATU GAJAH: Gara-gara terpengaruh dengan video yang dilihat melalui telefon bimbit, seorang murid lelaki Tahun Enam merogol seorang kanak-kanak perempuan yang diasuh ibunya di sebuah rumah di Taman Sri Wangsa di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Ahmad Adnan Basri berkata kejadian disedari selepas mangsa yang berumur empat tahun mengadu sakit di bahagian kemaluan kepada ibunya Khamis lalu sebelum dibawa ke Klinik Tanjung Tualang untuk pemeriksaan, pada keesokan hari.

Katanya. hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan koyakan pada pelbagai posisi sehingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah.

“Doktor menyuruh ibu mangsa membuat laporan polis dan selepas itu berjumpa dengan pengasuh dan suspek yang merupakan anak sulung kepada pengasuh.

“Suspek mengaku melakukan perkara tersebut. Kejadian berlaku sebanyak tiga kali iaitu sejak Mei lalu dan tidak disedari ibu bapa suspek,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Perbuatan itu berlaku dipercayai akibat melihat video lucah di telefon bimbit.

Ahmad Adnan berkata suspek direman bermula hari ini sehingga 5 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis di bawah umur.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa supaya berhati-hati ketika membenarkan anak-anak mereka melayari internet terutama di dalam telefon bimbit kerana ia boleh mendatangkan kesan yang buruk. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12932

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news