Pusat hiburan digempur, pengurus dan pekerja ditangkap disyaki mengedar dadah 0 5960

KUCHING: Sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Jugah, di sini diserbu sekitar pukul 12.45 tengah malam tadi dan seramai tujuh lelaki ditahan kerana disyaki terlibat kegiatan pengedaran dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Superintenden Sahar Abd Latif berkata ketujuh-tujuh suspek termasuk pengurus premis tersebut ditahan susulan penemuan sejumlah serbuk serta pil ecstacy.

Menurutnya kesemua suspek berusia lingkungan 26 sehingga 35 tahun dan merupakan warga tempatan.

“Serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat bahawa berlakunya aktiviti penyalahgunaan dadah di premis tersebut dan hasil pemeriksaan menjumpai kira-kira 50.75 gram serbuk ecstacy dan 17 biji pil ecstacy yang disembunyikan di dalam bekas semburan pewangi.

“Kesemua suspek terdiri daripada pengurus dan pekerja pusat hiburan tersebut ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12982

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12362

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news