Rafizi dakwa tablet di pusat mengundi Julau diserang ‘malware’ 0 6641

PEMILIHAN PKR | Calon timbalan presiden Rafizi Ramli mendakwa tablet yang digunakan di pust mengundi Julau telah diserang “perisian intip” (spyware).

“Tablet digodam spyware yang membolehkan ia dikawal dari jauh.

“Saya sudah membuat laporan kepada jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) dan membuat rakaman,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut dakwaan Rafizi, perisian yang dipasang ke dalam tablet itu bernama Prey.

Menurut laman webnya, pembangun Prey menyatakan ia adalah perisian antikecurian yang membolehkan pengguna mengesan peralatan mereka, tetapi juga “membuang data dan fail dalam peralatan yang hilang dari jarak jauh.”

ia juga membolehkan pengguna menguruskan dan mengendalikan “ribuan peralatan” secara serentak.

Difahamkan Anggota Parlimen Julau Larry Sng, yang bertanding bagi jawatan ketua cabang, akan membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

Ketika dihubungi, penyelaras pemilihan PKR Sarawak Desmond Kho berkata beliau tidak menerima sebarang aduan tentangnya.

Walaupun perisian seperti itu ada dalam peralatan, beliau menyangkal keberkesanannya kerana tablet tidak disambungkan dengan internet.

“Sistem kami seharusnya bebas daripada itu kerana tidak disambung internet.

“Kita tak guna internet, semua undi disimpan dalam server sendiri,” katanya lagi.

Katanya lagi walaupun sejumlah tablet di Julau berdepan masalah, ia tidak memberi kesan terlalu besar kepada proses pengundian.

“Tiada isu besar kerana jumlah keluar mengundi lebih rendah daripada jangkaan,” katanya.

Malaysiakini sedang menghubung Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian untuk mendapatkan maklum balas. – Malaysiakini

[Berita lanjut menyusul]

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news