Cukai produk petroleum: Rakyat Sarawak akan tanggung beban – PM 0 6804

KOTA BHARU: Rakyat Sarawak akan menanggung beban apabila kerajaan negeri mengenakan cukai lima peratus terhadap produk petroleum.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata cukai tambahan yang dikenakan itu akan ditanggung oleh penduduk di sana.

“Kalau kenakan cukai tambahan, orang mereka (Sarawak) akan tanggung. Mereka akan beli minyak pada harga yang lebih,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Dr Mahathir mengulas mengenai langkah kerajaan negeri Sarawak yang buat pertama kali akan mengenakan cukai jualan lima peratus terhadap produk petroleum berkuatkuasa 1 Januari depan.

Difahamkan, pengenalan cukai itu dilaksanakan bertujuan untuk meningkat dana kerajaan negeri, selepas parti yang menguasai Sarawak tidak lagi bernaung di bawah Barisan Nasional (BN), selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Berhubung dengan royalti lima peratus yang diminta oleh kerajaan negeri Kelantan, Dr Mahathir berkata Kerajaan Pusat sedang meneliti perkara itu.

“Kita sedang berusaha bagaimana nak bagi royalti ke Kelantan…cara kita akan tentukan,” katanya.

Kerajaan negeri Kelantan mahu bayaran royalti lima peratus daripada hasil pengeluaran diberi kepada mereka.

Dr Mahathir berkata, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan cadangan untuk memberi royalti 20 peratus daripada hasil keuntungan.

“Mereka mahu sebahagian daripada kos pengeluaran yang bermakna menjadi 40 peratus. Kalau begitu (40 peratus) sebagai royalti, Petronas boleh bankrap,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13003

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12476

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news