RASUAH: Anggota Parlimen UMNO dan abang direman empat hari 0 5932

PUTRAJAYA: Seorang Anggota Parlimen UMNO bergelar ‘Datuk Seri’ dan abangnyaditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.

Turut direman ialah seorang lelaki berusia 36 tahun yang juga pengarah syarikat berkaitan dengan Datuk Seri itu yang sebelumnya ditahan pada 5.30 petang semalam di Putrajaya.

Perintah tahanan reman berkuat kuasa hari ini itu dikeluarkan oleh Majistret ShahWira Abdul Halim mengikut peruntukan 117 Kanun Acara Jenayah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut jurucakap SPRM, wakil rakyat dari sebuah negeri di utara Semenanjung itu ditahan pada kira-kira pukul 11 pagi semalam di ibu pejabat suruhanjaya itu disini, selepas hadir memberi keterangan.

Beliau ditahan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan kes menerima rasuah, katanya.SPRM juga, katanya turut menahan abang kepada suspek setengah jam kemudian di sebuah lokasi di Sungai Buloh, Selangor.

Terdahulu, ketibaan Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu dengan berpakaian lokap SPRM dan bergari pada pukul 10.30 pagi itu disambut oleh segelintir penyokongnya yang menunggu di perkarangan mahkamah sejak pukul 8 pagi. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13849

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13019

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news