KUCHING: Seorang remaja berusia 13 tahun menjadi hero hari ini apabila telah menyelamat seorang wanita warga emas yang mahu membunuh diri sekitar jam 4.15 petang tadi di Jalan Foo Chow
Menurut info awal mangsa yang berusia 86 tahun dikatakan telah masuk ke dalam sungai dan dipercayai mahu membunuh diri.
Namun perbuatan mangsa disedari oleh seorang remaja lelaki yang secara kebetulan lalu di lokasi kejadian.
Remaja tersebut kemudian bertindak masuk ke dalam sungai dan terus menyelamatkan mangsa dan menarik mangsa ke tebing.
Susulan daripada kejadian pihak bomba dan polis telah dihubungi untuk datang ke lokasi.
Sampai saja ke lokasi pihak bomba mendapati mangsa dalam keadaan lemah tidak bermaya namun mangsa dilaporkan selamat.
Manakala pihak polis yang sampai ke lokasi telah mengambil keterangan daripada remaja tersebut.Setakat ini mangsa telah dihantar ke Hospital untuk tindakan selanjutnya. – Kamek Miak Sarawak