Remaja cedera dibelasah tiga sekawan 0 6038

SIBU: Seorang remaja lelaki dibelasah tiga sekawan ketika hendak mengambil semula motosikal milik ayahnya yang dipinjamkan kepada salah seorang daripada mereka, awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Sungai Bakong sekitar jam 2.30 pagi apabila mangsa, 22, dipukul oleh rakannya menggunakan spanar sehingga luka di bahagian belakang kepala, calar lengan kiri dan luka sedikit di tangan kanan serta lebam di dahi kanan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa juga dipukul oleh dua rakan suspek yang tidak dikenali dalam kejadian itu.

“Punca kejadian sebenar masih dalam siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, sebelum kejadian mangsa telah meminjamkan motosikal milik bapanya kepada suspek dan apabila hendak mengambil semula motosikal itu, mangsa telah dibelasah tiga suspek yang masih bebas.

Katanya lagi, usaha mengesan kesemua suspek, 21 dan dua rakan yang belum dikenal pasti giat dijalankan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap mangsa menggunakan spanar. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12903

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news