Remaja ditemui tergantung di pokok di Matang 0 6999

KuCHING: Seorang remaja berusia 19 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung depan rumahya di Jalan Sejijak, Matang di sini, hari ini.

Menurut sumber, mangsa ditemui tergantung di sebatang pokok oleh bapa dan abang mangsa sekitar 8 pagi.Kata sumber lagi, bapa dan abang mangsa kemudiannya menurunkan mayatmangsa dari pokok dengan memotong tali yang terjerut di leher mangsa.

Mayat remaja terbabit ditutup sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjutSebelum kejadian, mangsa dikatakan menyendiri dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa.

Pasukan paramedik yang tampil ke tempat kejadian kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Merbin Lisa mengesahkan menerimalaporan berkenaan kes tersebut.Mayat mangsa diserah kepada polis untuk tindakan lanjut. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news