Belanjawan Negeri 2019 bawa harapan besar untuk penduduk luarbandar – Uggah 0 5676

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas (gambar) menyifatkan Belanjawan Negeri 2019 akan membawa harapan besar dan masadepan cerah terutamanya bagi penduduk luar bandar yang tinggal di jauh pedalaman.

Beliau berkata, perkara itu amat jelas apabila kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.049 bilion atau 67 peratusdaripada bajet untuk pembangunan kawasan tersebut, sekali gus akan melancarkan lagi proses transformasi luar bandar.

“Masyarakat luar bandar kita dijangka akan mendapat lebih banyak projek jalan raya, jambatan, projek bekalan air dan kemudahan serta utiliti lain yang akan datang.

“Ini sudah pasti disambut baik serta sangat diharapkan oleh penduduk luar bandar,” tegasnya lagi.

Uggah yang juga merupakan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah berkata demikian dalam satu kenyataan sebagai mengulas Belanjawan Negeri 2019 yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, Sarawak akan mempunyai bajet sebanyak RM10.513 bilion yang merupakan peningkatan sebanyak RM3.547 bilion atau 51 peratusberbanding RM6.966 bilion tahun lepas.

Mengenai lanjut, Uggah berkata, peruntukan besar yang dibentang itu oleh Abang Johari tidak pernah berlaku sebelum ini dari segi pendapatan dan perbelanjaan pembangunan.

“Saya mengucapkan tahniah dan memuji usaha Abang Johari kerana kreativiti beliau dalam membuka sumber yang boleh menyumbang kepada pendapatan negeri. Ia adalah bajet yang sangat fokus.

“Ia akan merangsang aktiviti ekonomi berperingkat tinggi untuk menyediakan pekerjaan dan peluang kepada rakyat,” tambahnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13147

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12618

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news