kuching: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun lemas di Sungai Kampung Giam di Puncak Borneo sekitar jam 2 petang tadi.
Menurut info awal mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fakhrul telah disedari lemas oleh rakannya. Susulan daripada insiden rakan mangsa telah menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.
Setelah menerima panggilan kecemasan, pasukan Bomba Siburan telah mengerahkan pasukan ke lokasi. Sampai saja ke lokasi mangsa tidak sedarkan diri.
Penduduk kampung dikatakan telah memberi bantuan awak dengan menyelam ke dalam sungai sedalam 10 kali untuk mencari mangsa dan berjaya menjumpai mangsa. – Kamek Miak Sarawak