Sukar tanah guna seksyen 6, Kanun Tanah Sarawak, bukan rampas tanah rakyat – Abang Jo 0 6849

Sukat tanah guna Seksyen 6, Kanun Tanah Sarawak, bukan rampas tanah rakyat

KUCHING: Seksyen 6, Kanun Tanah Sarawak merupakan proses penyukatan perimeter tanah komunal sebelum surat hak milik tanah dikeluarkan di bawah Seksyen 18, Kanun Tanah Sarawak.

Demikian tegas Yang Amat Berhormat (YAB) Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg semasa berucap dalam Jamuan Malam Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) sempena Ulang Tahun ke-63 SDNU dan Perhimpunan Agung Tri-Tahunan (TGA) Ke-35 di sini malam tadi.

Ketua Menteri memberitahu, setakat 31 Disember 2018, kira-kira 877,185 hektar bersamaan 2.167 juta ekar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) telah disukat perimeternya.

Menurut beliau, daripada jumlah tanah itu, seluas 712,000 hektar tanah NCR di negeri ini telah diwartakan.

“Bagaimanapun, di dalam media sosial ada pihak cuba memutar-belitkan perkara ini dengan mendakwa kerajaan negeri merampas tanah rakyat dengan melakukan kerja-kerja penyukatan perimeter tanah NCR mengikut Seksyen 6, Kanun Tanah Sarawak.

“Tetapi, dakwaan seperti itu tidak tepat kerana kerajaan negeri ikhlas untuk mengembalikan hak tanah NCR kepada para pemiliknya,” jelas beliau.

Ketua Menteri menambah, sebanyak 24,920 lot individu telah dikeluarkan bagi peringkat kedua penyukatan perimeter melibatkan seluas 31,341 hektar tanah.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 24,000 lot individu dan 9,923 surat tanah individu telah dikeluarkan di bawah Seksyen 18, Kanun Tanah Sarawak meliputi 10,512 hektar,” katanya. – UKAS

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13143

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12514

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news