SIBU: Tempoh tahanan reman terhadap suspek kes pembunuhan seorang penjawat awam di sebuah bilik sewa di Jalan Tiong Hua di sini pada 2 Ogos, dilanjutkan selama tujuh hari sehingga 22Ogos ini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Saiful Sayoti ketika suspek dibawa ke Mahkamah Sibu hari ini.
Tempoh reman tujuh hari suspek yang bermula pada 9 Ogos lalu berakhir hari ini.Lelaki berusia 42 tahun itu diberkas di sebuah rumah panjang di Julau, dekat sini pada 7 Ogos bagi membantu siasatan kes bunuh Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26.
Mangsa ditemukan mati dengan keadaankaki dan tangannya diikat oleh rakan sekerja yang mencarinya di bilik sewa pada 2 Ogos lalu. – Utusan Borneo Online