Ribuan Beratur Seawal Enam Pagi Untuk Dapatkan Harga Istimewa Di Mydin Petrajaya 0 7724

KUCHING, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Ribuan pengunjung dari sekitar Kuching datang berbaris seawal 7 pagi di Pasaraya MYDIN Petra Jaya semata-mata untuk mengambil peluang membeli barang jualan istimewa besar-besaran,pagi tadi.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin berkata,antara lain tujuan membuat promosi #jualsampeylengis ini sebagai usaha murni dalam membuat meringankan bebanan kos sara hidup masyarakat Sarawak yang harus dicontohi pasar raya lain.

Di samping itu menjanjikan harga yang murah namun aspek kualiti barangan yang di jual sentiasa diutamakan demi kepuasan pelanggan.

“kami akan mengadakan Jualan Murah dengan tema #jual sampey lengis secara besar-besaran di dua pasar rayanya di Kuching yang terletak di Petra Jaya dan Samariang bermula 28 Februari sehingga 3 Mac 2019”.

Ia sempena ulang tahun pertama Pasaraya ini yang terletak di Petra Jaya, disambut 26 Januari lalu.

Hamdan Sabli,40 dari Siol Kandis menunjukkan barang yang dibelinya dengan kupon istemewa
Hamdan Sabli,40 dari Siol Kandis menunjukkan barang yang dibelinya dengan kupon istemewa

seorang pelanggan yang ditemui, Hamdan Sabli, 40 dari Siol Kandis berkata, beliau mula beratur di sejak jam 6 pagi dan saya bersyukur dapat kupon dan dapat 3 jenis barang yang di tawarkan dengan harga yang istemewa, saya membeli KOPIKO L.A Coffee dengan harga RM5.00, Beras BAO-BAO (Beras Ekonomi Nyaman Super Special berat 10 kg dengan harga RM10.00 dan SCOTT (Extra Tisu Tandas RM8.00.

Pasar Raya lain sepatutnya membuat jualan seperti ini juga agar masyarakat dapat membeli barangan dengan harga yang berpatutan dan murah walaupun tidak semua barangan lain ditawarkan murah namun sekurang-kurangnya dapat juga masyarakat setempat menikmati keistemewaan harga barang, jelasnya.

Manakala, Haji Lasa Bol,64 berasal dari Tanjung Tuang, Samarahan berasa kecewa kerana tidak dapat kupon dan tidak dapat harga barangan yang di tawarkan kerana pengunjung terlalu ramai berebut masuk walaupun saya sampai seawal jam 7 untuk beratur.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin menjelaskan syarat kepada pelanggan
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin menjelaskan syarat kepada pelanggan

Walaupun saya berasa kecewa namun hati saya rasa gembira melihat keseronokkan pelanggan berebut-rebut dan berpusu-pusu kerana ini adalah kali pertama pasaraya membuat promosi menjual barang istemewa untuk pelanggan terawal sampai dan kalau di hitung mungkin saya adalah pelanggan ke berapa,jelas beliau.

“Pelbagai barangan dijual dengan harga murah membabitkan segmen bukan sahaja pakaian dan keperluan rumah tetapi juga harga istimewa bagi barang dapur seperti minyak masak, beras, makanan, barangan elektronik dan pelbagai lagi jenis keperluan lain”.

Menurut wakil pasaraya tersebut sebanyak 2,700 kupon akan dikeluarkan sepanjang tempoh empat hari promosi ini berlangsung. Jualan Happy Hour juga diadakan sebanyak lima kali sehari iaitu pada pukul 10 pagi, 1 tengahari, 4 petang, 7 malam dan pada 9 malam selama 4 hari berturut-turut. – Malaysia Aktif

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13925

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13084

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news