KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia menjangka ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan hingga Ahad ini di Sarawak dan sebahagian kawasan Sabah serta di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor Timur,
Dalam satu kenyataan dikeluarkan jam awal pagi tadi jabatan itu memaklumkan, daerah terbabit di Sabah ialah pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Ia susulan angin kencang Timur Laut pada kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
Kenyataan itu menambah, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Hujan dilaporkan turun di Kuching dan Samarahan pada pagi ini hingga berita ini ditulis, mengakibatkan kesesakan jalan raya yang teruk. — Sarawakvoice