Richard Malanjum Ketua Hakim Negara yang baru 0 3482

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum sah dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang baru malam ini.

Malanjum hadir majlis istiadat angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Beliau merupakan hakim pertama dari Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak yang dilantik ke jawatan tertinggi kehakiman negara.

Hakim Besar Malaya Ahmad Ma’arop Tan Sri Ahmad Ma’arop pula dinaikkan menjadi Presiden Mahkamah Rayuan. Kedua-duanya dikatakan dalam proses mengangkat sumpah dihadapan Sultan Muhammad V.

Hakim Tan Sri Zaharah Ibrahim akan menggantikan Ahmad sebagai Hakim Besar Malaya.

Hakim Mahkamah Persekutuan Hakim Datuk David Wong Dak Wah menggantikan Hakim Malanjum sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang baru.

Hal ini berikutan Tun Md Raus Shariff dan Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang sepatutnya bersara pada 31 Julai tetapi telah diminta meninggalkan kedudukan mereka berkuatkuasa hari ini.

Sumber di Istana Keadilan Putrajaya memberitahu mereka diminta mengemas barang-barang kedua-dua hakim ini di pejabat mereka.

Pelantikan hakim berkenaan dibuat selepas Majlis Raja-raja bersidang hari ini. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15404

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news