RM19 juta terangi 312 rumah panjang, luar bandar 0 5972

UCHING: Sebanyak 312 isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar (SARES) yang menelan belanja RM19 juta.

Menteri Muda Utiliti Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, projek SARES yang bermula pada tahun 2016 bertujuan untuk menyalurkan bekalan 24 jam ke kampung, rumah panjang di pedalaman dan kawasan terpencil yang belum dapat disambung ke talian grid utama.

Penjanaan elektrik ke kawasan terbabit menggunakan panel solar dan sistem mikro hidro.

Beliau berkata, SARES akan dilaksanakan di kawasan pedalaman Sungai Mujok dalam DUN Meluan pada 2020 dan akan memakan masa lapan bulan untuk disiapkan.

“SARES akan dilaksanakan di 12 rumah panjang di Sungai Mujok,”katanya ketika menjawab soalan Roland Duat Jubin (Meluan-PDP) di Dun Sarawak semalam.

Gambar hiasan
Dr Abdul Rahman menjelaskan SARES yang dilancarkan pada 2016 untuk bekalan elektrik 24 jam di kawasan jauh dari grid.

Menurutnya, Nanga Kajah dan Lubok Tanjung tidak tersenarai di bawah projek SARES kerana kawasan tersebut bakal disambung dengan sistem grid.

“Sistem grid tersebut akan dijangka bermula selepas siapnya sub stesen EHV pada penghujung 2020.

“Tender projek ini akan dianugerahkan pada bulan ini. Kos projek ini dianggarkan menelan belanja RM105 juta,” katanya ketika menjawab soalan Alexender Vincent (Ngemah-PRS).

Beliau menambah, pembekalan elektrik di perkampungan lain dilaksanakan dalam tempoh dua tahun mendatang menerusi pelan induk elektrik luar bandar yang dibiayai Kerajaan Sarawak. – Sarawak Voice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13435

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12905

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news