Robert Kuok individu ke-104 paling kaya dunia 0 6136

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan terkemuka, Robert Kuok muncul sebagai individu ke-104 paling kaya di dunia, namun turun daripada tempat ke-96 tahun lalu, demikian menurut Forbes

Bagaimanapun, beliau kekal menjadi individu paling kaya di negara ini dengan nilai kekayaan bersihnya kini dianggarkan berjumlah AS$12.8 bilion (RM52.32 bilion), susut daripada AS$14.5 bilion (RM59.27 bilion) tahun sebelumnya.

Penurunan nilai kekayaan Kuok menjejaki aliran global yang menyaksikan pengurangan nilai kekayaan di atas kertas hartawan lain.

Menurut Forbes, sehingga kini terdapat sejumlah 2,153 hartawan dan jumlah itu lebih rendah berbanding 2018.

“Apabila digabungkan, jumlah nilai kekayaan hartawan terbabit adalah sebanyak AS$8.7 trilion (RM35.56 trilion), susut AS$400 bilion (RM1.635 trilion) daripada tahun lalu.

“Secara keseluruhan, sebanyak 11 peratus atau 247 individu yang tersenarai tahun lalu tidak tersenarai kali ini dan ia adalah jumlah terbesar sejak 2009 yang turut menyaksikan kemuncak krisis kewangan global pada waktu itu,” kata Forbes dalam satu kenyataan mengumumkan senarai terbaharu individu paling kaya di dunia.

Pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan turut tersenarai sebagai individu kedua paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan juga berjumlah AS$9.4 bilion (RM38.42 bilion).

Turut berada dalam senarai ialah Tan Sri Teh Hong Piow (AS$6.7 billion atau RM27.39 bilion); T Ananda Krishnan (AS$6.2 bilion atau RM25.34 bilion); Tan Sri Lee Shin Cheng (AS$5.4 bilion atau RM22.07 bilion), Tan Sri Chen Lip Keong (AS$5 bilion atau RM20.44 bilion) dan Tan Sri Lim Kok Thay (AS$4.4 bilion atau RM17.98 bilion).

Ahli perniagaan Bumiputera terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary turut tersenarai sebagai antara 10 individu paling kaya di negara ini, berkongsi kedudukan dengan Tan Sri Koon Poh Keong dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.7 bilion atau RM6.94 bilion.

Individu paling kaya di dunia kekal menjadi milik pengasas Amazon, Jeff Bezos dengan nilai kekayaan AS$131 bilion (RM535.46 bilion), meninggalkan Bill Gates di tempat kedua dengan nilai kekayaan AS$96.5 bilion (RM394.44 bilion) dan pelabur, Warren Buffet (AS$84.5 bilion atau RM345.39 bilion). – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13129

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12502

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news