Rohani gesa Kerajaan PH bayar balik 50% kos Jambatan Batang Lupar 0 5796

KUCHING: Bayar balik 50 peratus kos pembinaan Jambatan Batang Lupar kepada Kerajaan Sarawak

Menurut Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim seperti dipersetujui dengan kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN), 50 peratus daripada kos pembinaan jambatan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM800 juta akan dibiayai kerajaan persekutuan.

Justeru, kata bekas menteri persekutuan itu, Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH) mesti mengotakan janji dan membuat.

“Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan mesti mengotakan janji dan mesti membuat bayaran balik 50 peratus kos pembinaan Jambatan Batang Lupar kepada Kerajaan Negeri Sarawak,” katanya,

“Ini kerana pembangunan infrastruktur adalah sebahagian perkara yang termaktub dalam perjanjian ketika menubuhkan Malaysia pada 1963,” jelasnya.

Beliau berkata janji di bawah Perjanjian Malaysia 1963 harus menjadi azimat yang mesti diteruskan walaupun apa-apa jua keadaan.

Rohani berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 (Belanjawan 2020) di Parlimen.

Bagaimanapun ujarnya, selepas berlaku peralihan kuasa Mei 2018, Kerajaan Persekutuan di bawah PH tidak mengotakan janji untuk membina jambatan berkenaan malah projek tidak diteruskan.

Oleh itu katanya, demi kesejahteraan rakyat Sarawak, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan kerajaan negeri dalam Belanjawan Sarawak 2019 mengumumkan pembinaan jambatan sepanjang 5.1 kilometer itu.

“Sepatutnya Kerajaan Persekutuan yang bersetuju dan meluluskan pembiayaan 50 peratus daripada kos pembinaan ini,” ujarnya.

Menurutnya pembayaran balik itu akan digunakan Sarawak untuk meneruskan pembangunan infrastruktur di Sarawak meliputi rangkaian jalan-jalan pesisir dan Jalan Utama Kedua yang memerlukan kos tinggi.

Rohani berkata Belanjawan 2019 hingga 2020 saya tidak nampak janji ini dikotakan dan bagi rakyat tempatan merupakan janji yang tidak ditunaikan serta menidakkan pembangunan lebih sejahtera kepada rakyat Sarawak.

“Di mana yang dikatakan kemakmuran bersama,” soalnya. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12968

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12248

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news