Rompak kapal tangki di Bintulu, lima warga asing diberkas 0 7082

BINTULU: Lima lelaki warga asing berdepan hukuman penjara 20 tahun sekiranya didapati salah merompak sebuah kapal tangki di kawasan 11 batu nautika dari barat perairan Tanjung Kidurong pada 4 Ogos lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 34 hingga 46 ditahan pada 17 Ogos lalu hasil risikan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Bintulu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Semasa kejadian, kapal yang bergerak dari Bintulu menuju ke Miri itu dikepung oleh sebuah bot laju yang dinaiki oleh kelima-lima suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, kumpulan itu melarikan seutas rantai emas, lima unit telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM19, 800, yang berjaya dirampas semula.Kes itu di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun beserta sebatan atas kesalahan merompak jika sabitΒ kesalahan.Β – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15104

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8378

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news