RON97 naik 12 sen seliter, RON95, diesel kekal pada harga sama 0 6694

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 20 April sehingga 26 April ini ditetapkan kekal seperti minggu lepas.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 12 sen seliter, iaitu daripada RM2.68 seliter kepada RM2.80 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.08 seliter dan diesel kekal pada RM2.18 seliter.

Harga runcit produk petroleum ditetapkan secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut kenyataan itu, berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh 20 April 2019 sehingga 26 April 2019 sepatutnya naik 12 sen seliter dan 7 sen seliter, masing-masing.

“Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend peningkatan sehingga melebihi paras USD80 setong.

“Ini susulan purata harga minyak mentah Brent berdasarkan minggu sebelumnya telah meningkat kepada USD71 setong,” katanya.

Namun, kata kementerian itu, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. – Astro Awani

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news