Miri catat IPU tidak sihat pagi ini 0 5859

MIRI: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bandar raya Miri merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 188 pada jam 5 pagi tadi.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan trend peningkatan bacaan IPU di bandar raya ini sejak malam tadi iaitu 117 pada 8 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata punca IPU mencatat bacaan tidak sihat adalah kerana faktor angin yang membawa jerebu ke Miri manakala asap daripada pembakaran terbuka di Kuala Baram masih ada di kawasan tepi jalan.

Bagaimanapun, bacaan IPU di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Baram, kawasan yang teruk mengalami kebakaran belukar, ladang serta tanah gambut dapat dikawal dengan catatan bacaan sederhana iaitu 56 pada 6 pagi tadi.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13251

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12715

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news