Ronaldo prihatin nasib Palestin 0 5976

LONDON: Bintang Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo dilaporkan menderma sebanyak AS$1.5 juta (RM6.26 juta) kepada penduduk Palestin.

Derma oleh Ronaldo itu sebagai solidariti terhadap penduduk Palestin yang berdepan sekatan rejim Israel di Gaza.

Ini bukan kali pertama bintang ternama itu memberikan sokongan kepada penduduk Palestin di mana ketika Israel menyerang Gaza pada tahun 2012, Ronaldo melelong Kasut Emasnya untuk dana yang kemudiannya didermakan kepada kanak-kanak Palestin.

Seorang kanak kanak berusia lima tahun yang tinggal sebatang kara selepas keluarganya diserang militan Israel, Ahmad Daubasha disambut oleh Ronaldo di padang latihan Real Madrid pada tahun 2016 dengan dia turut mengambil gambar bersama kanak kanak terbabit dan memberikan jersi khas kepadanya.

Pada tahun yang sama, Ronaldo memberikan mesej kepada kanak-kanak di Syria dan menyatakan mereka adalah wira sebenar dalam peperangan terbabit.

Manakala pada tahun 2018, dia menyeru seluruh dunia supaya membantu kanak-kanak Rohingya yang terpaksa tinggal di kem pelarian selepas melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar tahun lalu.

Bukan setakat Ronaldo, beberapa lagi bintang bola sepak lain turut menyokong misi kemanusiaan.

Pada tahun 2016, bintang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi menggunakan Facebook sebagai medium untuk meningkatkan kesedaran terhadap penderitaan kanak-kanak Syria.

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba mendedikasikan jaringannya ke atas Newcastle pada November 2017 kepada imigran yang dijual sebagai hamba di Libya sekali gus menarik perhatian kepada keadaan meruncing yang berlaku di negara Afrika itu. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13952

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news