Sabah dan Sarawak bakal tentukan nasib Azmin, Rafizi 0 5843

KUALA LUMPUR: Berbaki dua negeri yang belum melaksanakan pemilihan, undi ahli PKR di Sabah dan Sarawak dilihat menjadi penentu kepada nasib calon tumpuan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mohd Rafizi Ramli bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Setelah 12 negeri (kecuali cabang Kuala Selangor di Selangor yang dijadualkan semula) selesai melaksanakan pemilihan,Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi mempunyai kelebihan apabila mendahului dengan memperoleh 46,759 undi berbanding Mohd Rafizi dengan 45,112 undi.

Ia menyaksikan Mohd Rafizi dipintas tipis sebanyak 1,647 undi oleh Mohamed Azmin, demikian menurut keputusan tidak rasmi yang dikira berdasarkan angka yang dipapar dalam laman sesawang

https://www.pemilihankeadilan2018.com

Bagaimanapun, keputusan tersebut tidak termasuk undi di Melaka dan Negeri Sembilan yang masih belum dipapar ekoran terdapat sejumlah undi yang tidak dapat dikesan.

Jika melihat keputusan yang dipaparkan di laman sosial Mohd Rafizi, ia me-nunjukkan Mohd Rafizi mendahului Mohamed Azmin selepas memperoleh 3,053 undi berbanding bekas menteri besar Selangor itu yang meraih 2,961 undi di Negeri Sembilan.

Begitu juga keputusan di Melaka yang menunjukkan Mohd Rafizi menang tipis selepas memperoleh 1,541 undi berbanding Mohamed Azmin dengan 1,521 undi.Tetapi jika dihitung termasuk dua keputusan itu, Mohd Rafizi masih ketinggalan 1,265 undi di belakang Mohamed Azmin.

Kelmarin, Mohd Rafizi di-umum sebagai Ketua Cabang Pandan yang baharu selepas menewaskan tiga pencabar-nya pada pemilihan fasa ketiga di Selangor.

Beliau yang juga bekas Ketua Cabang Kemaman memperoleh 566 undi, manakala tiga pencabarnya Haniza MohdTalha memperoleh 405 undi, Nor Hayati Haron, 353 undi dan Mohamad Shauki Mohd Hashim, 71 undi.Bagaimanapun, Mohd Rafizi tidak mendapat sokongan di cabang itu bagi jawatan timbalan presiden apabila tewas kepada Mohamed Azmin apabila memperoleh 508 undi berbanding Mohamed Azmin 715 undi.

Sabah yang mempunyai 145,639 anggota layak meng-undi akan melaksanakan proses pengundian pada 3 dan 4 November melibatkan 25 cabang manakala Sarawak dengan 56,362 anggota layak pula akan melaksanakan pro-ses tersebut pada 10 November melibatkan 29 cabang.

Keputusan di kedua-dua negeri ini bakal menyaksikan sejauh mana pengaruh dua figura ini dan siapa yang menjadi pilihan anggota untuk menggenggam takhta orang kuat nombor dua dalam parti.

Meninjau keputusan terkini bagi jawatan lain, Nurul Izzah Anwar yang menang tanpa bertanding sebagai Ketua Cabang Permatang Pauh mendahului senarai undian bagi jawatan naib presiden.

Beliau mendapat 39,624 undi berbanding pesaing rapatnya, Zuraida Kamaruddin (31,348 undi), Xavier Jaya-kumar (27,198 undi) dan Tian Chua (25,169 undi).

Sementara itu, bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, DrAfif Bahardin mendahului dua pencabarnya dengan memperoleh 8,311 undi berbanding Akmal Nasir yang mendapat 8,268 undi dan Najwan Alimi 1,484 undi.

Bagi jawatan Ketua Wanita Pusat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) LembahJaya, Haniza Mohd Talha mendahului dengan memperoleh 14, 439 undi berbanding pencabarnya, anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang memperoleh 11,579 undi. — Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12999

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12473

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news