‘Sabar… kesan SST belum ketara’ – Chong Chieng Jen 0 7788

KUALA LUMPUR: Tuduhan bahawa pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) meningkatkan bebanan kos sara hidup disifatkan tidak adil serta cubaan mengelirukan rakyat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, berkata perbandingan antara Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan SST yang berkuat kuasa 1 September lalu ialah ia dikenakan di peringkat pengeluar.

Sehubungan itu, katanya, impak jualan mencakupi pelbagai barangan, termasuk keperluan asas di pasaran sehingga kini belum ketara kepada peringkat pengguna.

“Kita masih di fasa awal pelaksanaan, justeru harga jualan produk akan lebih ketara apabila stok yang dikenakan SST diletakkan di pasaran,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) di Dewan Rakyat yang meminta penjelasan kerajaan mengenai harga jualan barang rata-rata masih tinggi dan tidak turun walaupun sistem percukaian negara kembali kepada pelaksanaan SST.

Chieng Jen berkata, kajian kesan pelaksanaan SST dilaksanakan kementerian membabitkan 417 barangan merangkumi enam kategori, iaitu 136 daripadanya ialah barangan segar, manakala 159 barangan adalah jenis berbungkus, botol, tin dan pek.

Katanya, barangan lain di pasaran yang diambil kira dalam kajian mencakupi produk kering (25), minuman (25), makanan dan barang bayi (49) serta kebersihan (23).

“Perubahan dikaji dengan membandingkan harga pada 1 Mei dengan 1 September 2018 dan secara keseluruhannya, kita dapati 70 peratus atau 291 barangan mencatatkan pengurangan harga.

“Sebanyak 27 peratus atau 115 barangan pula mengalami kenaikan purata harga, manakala tiga peratus atau 11 barangan tiada perubahan harga.

“Julat penurunan harga adalah antara 0.11 hingga 37.61 peratus, manakala pecahan 115 barangan yang naik harga membabitkan julat perubahan antara 0.09 peratus hingga 41.65 peratus,” katanya.

Terkenal sebagai ‘pejuang GST’, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN UMNO-Pontian) bangkit mengajukan soalan tambahan menyifatkan 417 barangan itu tidak mencukupi bagi membuat sebarang rumusan kajian, memandangkan ada ribuan produk dijual di pasaran.

“Kata stok lama, iaitu September masih ada, tapi sekarang bulan 10 (Oktober) dah nak habis. Isu ini perlu kajian komprehensif, ada buat?” katanya.

Mengulas perkara itu, Chieng Jen menjelaskan penelitian terhadap Indeks Harga Pengguna 2017 dan tahun ini menunjukkan perubahan ketara bagi tempoh Jun hingga Ogos.

Katanya, indeks itu mencatatkan kenaikan pada Jun, Julai dan Ogos 2017, masing-masing sebanyak 3.6 peratus, 3.2 peratus dan 3.7 peratus.

“Kenaikan indeks berkadar lebih rendah sebaliknya direkodkan pada Jun, Julai dan Ogos tahun ini, masing-masing 0.8 peratus, 0.9 peratus dan 0.2 peratus, justeru jelas kesan inflasi ini akibat GST,” katanya.

Akibat ‘panas punggung’ mendengar penjelasan timbalan menteri, Ahmad Maslan yang bangkit mencelah walaupun tanpa kebenaran berkata: “Itu (perangkaan) masa ‘tax holiday’ (cuti cukai bermula 1 Jun hingga 31 Ogos tahun ini).”

Sambil mengukir senyuman melihat keletah bekas Timbalan Menteri Kewangan Itu, Chieng Jen mengulangi pendirian kerajaan bahawa kesan pelaksanaan semula SST belum menunjukkan sebarang impak ketara.

“Sekarang baru Oktober, angka yang kita sedang kumpulkan belum sampai lagi… Kenapa nak buat tuduhan begitu, janganlah,” katanya., – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13140

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12512

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news