SADU banteras pembalakan haram di Sarawak 0 5200

SADU banteras pembalakan haram di Sarawak

Miri: Unit Pengesanan Udara Sarawak (SADU) akan membantu dalam membanteras kegiatan pembalakan haram di negeri ini, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui SADU akan beroperasi dengan menggunakan teknologi ‘remote sensing’ bagi menjalankan pemantauan kawasan hutan di negeri ini.

“Ia adalah langkah efektif menerusi penggunaan hiperspektral yang pertama di negara ini yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan SADU di Pengkalan Operasi Sistem Udara, di sini, hari ini.

Menurutnya, SADU dipertanggungjawabkan bagi membantu kerajaan negeri dalam membanteras kegiatan pembalakan haram terutama penjualan kayu-kayan spesis terlindung tanpa kawalan.

Katanya, kewujudan SADU menjadi langkah drastik bagi menjalankan kerja-kerja pemantauan di setiap kawasan hutan hujan tropika di negeri ini yang kaya dengan pelbagai spesis kayu serta biodiversiti.

“Penggunaan teknologi pengesanan udara ini diyakini dapat dikembangkan ke seluruh negara bagi membanteras kegiatan pembalakan haram yang semakin berleluasa.

“Kita percaya JHS dapat memikul tanggungjawab sebagai sebuah agensi bagi mengendalikan sistem udara berteknologi tinggi ini,” jelasnya. – Harian Metro

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news