Salem masih lagi dalam keadaan koma 0 8136

PENYANYI yang juga vokalis kumpulan Iklim, Saleem Abdul Majid, masih berada dalam keadaan koma, selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis lalu.

Menurut isterinya, Julia Bachok, suaminya itu sebenarnya sudah sedarkan diri, namun terpaksa ditidurkan bagi membolehkan kecederaan pada paru-paru kanannya pulih selain mengurangkan kesakitan yang terpaksa ditanggung sekiranya dia berada dalam keadaan sedar.

“Sebetulnya Saleem sudah sedar sekejap semalam tetapi dia tidak dapat bergerak atau bercakap.

“Imbasan pada paru-paru yang dibuat doktor juga mendapati kecederaan dialaminya masih agak teruk jadi mereka mengambil keputusan untuk tidurkan dia.

“Ini bagi membolehkan kecederaan itu pulih dan kalau Saleem berada dalam keadaan sedar mungkin dia terpkasa menanggung kesakitan jika bergerak kerana tulang rusuknya juga patah,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Ketika ini, Saleem masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.

Dalam kejadian pada pukul 3.20 petang itu, motosikal ditunggang Saleem dilanggar sebuah kereta dari arah belakang ketika penyanyi itu keluar membeli barang.

Kejadian itu berlaku berdekatan rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras sebelum Saleem dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, Julia berkata, laporan mengatakan 12 tulang rusuk Saleem patah adalah tidak benar sebaliknya hanya sembilan yang patah akibat kemalangan itu.

Jelas Julia, salah satu daripada tulang rusuk itu tertusuk ke bahagian paru-paru kanan suaminya itu.

“Kecederaannya memang agak parah tetapi dia berada dalam keadaan stabil ketika ini cuma masih ada darah yang keluar daripada paru-parunya.

“Malah Saleem masih menggunakan alat bantuan pernafasan akibat paru-parunya yang cedera,” jelasnya.

Sementara itu, Julia berharap semua peminat terus mendoakan agar Saleem kembali pulih seperti sedia kala. – Sinar Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13003

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12476

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news