Sarawak bakal bentang belanjawan terbesar dalam sejarah negeri 0 5723

MUKAH: Pembentangan Belanjawan Sarawak 2019, Isnin ini, bakal menyaksikan jumlah peruntukan pembangunan terbesar dalam sejarah Bumi Kenyalang.

Malah, RM11 bilion diperuntukkan bagi memperkasakan pembangunan luar bandar negeri ini merangkumi pembinaan jalan raya, selain penyediaan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata peruntukan besar itu jelas memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Sejumlah RM6 Bilion diperuntukkan bagi pembinaan jalan air, khusus bagi membiayai projek jalan pesisir yang mampu mewujudkan akses perhubungan lebih baik di kawasan terbabit, sekali gus meningkatkan pembangunan setempat.

“Belanjawan Sarawak 2019 turut memberi penumpuan kepada bekalan elektrik (RM2.3 bilion) dan air bersih (RM2.8 bilion)… ini tiga teras utama belanjawan kita kali ini, yang terbesar dalam sejarah Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian Simposium Budaya Melanau Ke-7, di sini petang tadi.

Hadir sama Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah serta Presiden Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak, Tan Sri Muhammad Leo Toyad.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi Sarawak, berkata peruntukan besar itu juga bagi menangani jurang pembangunan sedia ada antara kawasan bandar dan luar bandar di negeri ini.

Mengakui ia bukan tugas mudah dan memerlukan perbelanjaan besar, katanya, tanggungjawab itu perlu dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat serta taraf hidup lebih baik.

“Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada peruntukan Pusat yang agak terhad dan memakan masa (untuk disalurkan). Maka, kita perlu mempunyai kaedah sendiri bagi memastikan usaha dirancangkan dapat dilaksanakan dan berjalan lancar,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13165

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12631

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news