Sarawak bakal miliki kapal terbang kargo sendiri – Abang Johari 0 6097

SINGAPURA: Sarawak bakal mempunyai kapal terbang kargonya sendiri pada suku pertama tahun depan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pembelian kapal terbang itu sedang diusahakan menerusi syarikat penerbangan Hornbill Skyways.

“Hornbill Skyways sedang mengurus serta mengatur urusan pembelian kapal terbang tersebut.

“Diharap, jika tidak pada hujung tahun ini, pada suku pertama tahun depan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis prapelancaran Pejabat Pelancongan dan Perdagangan Sarawak, Singapura (STATOS) di Jalan Robinson di sini, hari ini.

Abang Johari berkata dengan adanya kapal terbang kargo itu, Sarawak dapat mengeksport produk-produk pertanian ke negara-negara luar seperti Singapura dan pasaran-pasaran strategik lain di wilayah ini tanpa perlu bergantung kepada kapal terbang komersial.

“Kapal terbang ini (kargo) mempunyai kapasiti untuk membawa tiga kontena termasuk kontena sejuk beku.

“Pengangkutan dan pengeksportan produk-produk pertanian kita termasuk hasil ternakan lebih mudah kerana penerbangan ke Singapura hanya sejam,” katanya.

Tahun lalu, Abang Johari mengumumkan Sarawak mahu membeli kapal terbang kargo berkapasiti tiga tan, yang dianggarkan bernilai RM10 juta.

Beliau berkata ia seiring dengan perancangan kerajaan negeri untuk mentransformasikan sektor pertanian di Sarawak dan menjadi pengekport utama makanan.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13198

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12662

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news