Sarawak bohong, sebar fitnah – Lim Guan Eng 0 6217

PUTRAJAYA: Kerajaan Sarawak didakwa berbohong dan menyebarkan fitnah terhadap Kerajaan Pusat berhubung isu pembayaran cukai pelancongan baru-baru ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata, ‘serangan’ dilakukan negeri itu dilihat tidak lebih kepada persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya negeri, dua tahun lagi.

Beliau berkata, kerajaan negeri itu akan berterusan menyerang dalam usaha menanam kebencian dalam kalangan rakyat Sarawak terhadap kerajaan.

Katanya, kerajaan terbuka menerima kritikan dari pihak lain termasuk kerajaan negeri tetapi kritikan itu perlulah mengikut fakta dan angka yang tepat.

“Dakwaan Sarawak bahawa kementerian membayar cukai itu kepada Sabah adalah tidak benar, malah Sabah sendiri mengakui tidak menerima apa-apa dana cukai pelancongan.

“Semua negeri pun tidak dapat lagi kerana kita perlu melakukan semakan akhir akaun.

“Apakah Sarawak tidak mahu mengakui kesalahan mereka? Pastinya tidak… sebaliknya mereka akan serang sahaja untuk menanam kebencian dalam kalangan rakyat Sarawak terhadap Pusat sehingga mereka menggunakan dakwaan palsu untuk capai matlamat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Pondok Berdaftar di sini hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew semalam dilaporkan sebagai berkata, negeri itu masih belum menerima 50 peratus daripada hasil cukai pelancongan daripada kerajaan Persekutuan

Christina, yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata demikian bagi menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada 4 Januari lalu bahawa Sabah sudah menerima cukai pelancongan daripada Kerajaan Persekutuan. -Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12903

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news