Sarawak Dan China Jalin Kerjasama Cari Penyelesaian Invoasi Penduduk Luar Bandar Sarawak Terlibat Aktif Ekonomi Digital 0 5764

KUCHING – Sarawak dan China akan menjalinkan kerjasama mencari penyelesaian inovasi bagi membolehkan penduduk luar bandar Sarawak terlibat aktif ekonomi digital.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak dan China berkongsi cabaran-cabaran sama dalam melibatkan komuniti luar bandar dalam e-dagang.

Beliau berkata, Sarawak akan memfokus kepada penyediaan infrastruktur diperlukan bagi membolehkan semua komuniti terlibat dalam ekonomi digital.

Katanya, bagi tujuan itu, Sarawak memulakan usaha mentransformasikan ekonomi tempatan menerusi ruang siber kerana ia merupakan sempadan baharu.

Selain itu katanya, revolusi digital berkembang dengan pesat dan kini dunia sudah bercakap mengenai Revolusi Perindustrian 4.0 di mana data pintar, kepintaran buatan, realiti tambahan dan teknologi pengenalan wajah menjadi amalan.

“Dengan penembusan penggunaan telefon mudah alih yang tinggi di Malaysia dan khususnya di Sarawak, kita memerlukan penyelesaian inovatif untuk menjangkau penduduk luar bandar.

“Kita percaya ini adalah bidang kerjasama yang dapat dijalinkan antara Sarawak dan China selain kolaboratif dalam pertanian, pelancongan, kesihatan, pendidikan, pembinaan struktur mega dan landasan e-dagang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama ‘Mempercepatkan Pembangunan Ekonomi Sarawak di Arena Global Menerusi Inisiatif- Inisiatif Ekonomi Global’ pada Majlis Perasmian Forum Perniagaan Sarawak-China 2018 di sebuah hotel di sini semalam.

Abang Johari berkata, Sarawak dan China perlu bekerjasama rapat antara satu sama lain bagi memastikan setiap orang dapat terlibat aktif dalam e-dagang.

Menurutnya, tidak dapat dinafikan ekonomi digital mempunyai nilai yang tinggi, bagaimanapun harus dipastikan ia bersifat inklusif dan perdagangan adil.

“Sarawak sudah memulakan ‘e-wallet, Sarawak Pay sebagai langkah pertama untuk bersaing dalam bidang berdaya saing ini.

“Terdapat banyak trend utama yang baharu untuk e-dagang yang Sarawak perlu beri perhatian seperti kemunculan dalam talian ke luar talian (O2O), pembayaran digital, kehadiran dan platform media sosial serta model peruncitan baharu,” katanya.

Beliau berkata, Sarawak telah melancarkan Strategi-Strategi Ekonomi Digital bagi membolehkan kerajaan merancang serta menjangkakan kapasiti serta infrastruktur diperlukan.

Tambahnya, usaha sedang dilakukan dan percaya hasil forum yang berlangsung selama dua hari itu akan memperkukuhkan lagi inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan ketika ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Abang Johari berkata, Sarawak merekodkan nilai dagangan dengan China sebanyak RM15.8 bilion bagi tahun 2017.

Beliau berkata, daripada nilai itu, RM10.1 bilion merupakan jumlah eksport Sarawak ke China manakala nilai import RM5.7 bilion. “Bermakna Sarawak lebih banyak mengeksport ke China berbanding mengimport (barangan) dari negara itu,” katanya.

Menurut Abang Johari, ketika ini kerjasama perniagaan antara China dan Sarawak melibatkan gas asli cecair (LNG), produk-produk petroleum, minyak sawit, produk-produk kayu dan komponen elektronik, barangan perkilangan, jentera dan makanan.

Selain itu katanya, Sarawak telah menandatangani beberapa perjanjian persefahaman bagi pelaburan, perniagaan dan kerjasama ekonomi seperti dengan Jabatan Perdagangan Wilayah Yunnan, Wilayah Fujian beberapa tahun lalu untuk mengukuhkan lagi kerjasama perniagaan.

“Kerjasama paling ketara dan terbaharu ialah dengan Xian LONGi Materials melibatkan anggaran pelaburan RM1.06 bilion dan dengan Comtec Solar Systems Group Ltd melibatkan anggaran pelaburan RM1.2 bilion.

“Kerjasama antara Sarawak dan China tidak hanya dalam bidang ekonomi dan perniagaan tetapi meliputi bidang pelancongan, budaya dan pendidikan,” katanya.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antabangsa dan E-Dagang merangkap Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Konsulat Jeneral China Cheng GuangZhong. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news