Sarawak kuat kuasa larangan merokok mulai 1 Mac 0 6644

KUCHING: Kabinet Sarawak hari ini bersetuju untuk melaksanakan larangan merokok di semua premis makanan di negeri berkuatkuasa 1 Mac depan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Sim Kui Hian menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata keputusan larangan merokok di semua premis makanan adalah untuk kepentingan kesihatan masyarakat umum.

Bagaimanapun katanya, dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) operator-operator berlesen boleh menyediakan tempat merokok khas di kawasan yang tidak kurang daripada tiga meter dari meja makan terdekat di mana makanan dihidangkan.

Selain itu, tambahnya adalah menjadi tanggungjawab operator-operaot berlesen memastikan tempat merokok khas itu sentiasa dalam keadaan bersih.

“Kabinet Sarawak juga telah bersetuju untuk enam bulan pertama bermula 1 Mac ini, akan menjadi tempoh untuk mendidik orang ramai mengenai larangan ini.

“Tidak ada kompaun akan dikeluarkan sepanjang tempoh ini,” ujar Dr Sim.

Pesalah yang mendapati merokok di tempat yang dilarang boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan untuk tempoh maksimum dua (2) tahun.

Sementara pemilik restoran yang gagal meletakkan tanda “Dilarang Merokok” boleh didenda sehingga RM3,000 atau mungkin dipenjara untuk tempoh maksimum enam bulan.

Bermula 1 Januari 2019, Kerajaan Persekutuan telah menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di Semenanjung Malaysia.

Sabah akan menguatkuasakan larangan merokok di semua premis makanan di negeri ini bermula 1 Februari 2019. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news