Sarawak Negeri Pertama Guna ART 0 6018

KUCHING : Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg mendedahkan sistem pengangkutan moden tanpa pemandu atau “Autonomous Rapid Transit” (ART) yang akan dibangunkan di bandar raya ini merupakan yang pertama dibina di Malaysia.

Menurutnya lagi, kos pembinaan sistem pengangkutan ini adalah lebih murah dari sistem aliran transit ringan (LRT) dan yakin bahawa pengangkutan ini akan wujud di bandar ini dalam tempoh 3 tahun ini.

Selari dengan perkara ini, beliau menambah bahawa sebuah kementerian baru telah pun ditubuhkan iaitu Kementerian Pengangkutan yang ditugaskan untuk menjaga dan melaksanakan kemudahan berkaitan pengangkutan sekaligus membangunkannya demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri 2018 bagi penduduk Kampung Kudei di sini petang Ahad.

Dalam majlis berkenaan Ketua Menteri telah menyerahkan sejumlah 59 surat hakmilik tanah kepada penduduk Kampung Kudei Baru di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri untuk kegunaan kediaman kepada 82 pemilik tanah.

Oleh itu, surat hakmilik tanah berkenaan merupakan tambahan kepada 283 surat hakmilik tanah kegunaan kediaman yang telah diserah kepada penduduk Kampung Kudei Baru pada 16 Mac 2016. – Tvsarawak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news