Sarawak, Sabah cadang tubuhkan syarikat penerbangan bersama 0 5893

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sarawak bercadang bekerjasama dengan Sabah mengkaji kemungkinan mewujudkan syarikat penerbangan bersama dalam usaha mempertingkatkan lagi jaringan perhubungan.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, berkata jaringan perhubungan yang baik antara kedua negeri itu diperlukan, untuk membangunkan negeri khususnya industri pelancongan.

“Oleh itu saya mencadangkan kita (Sabah dan Sarawak) boleh membuat kajian mewujudkan sebuah syarikat penerbangan kepunyaan Malaysia, yang dimiliki Sabah dan Sarawak.

“Ini (syarikat penerbangan sendiri) akan merancakkan lagi industri pelancongan dan jaringan perhubungan di antara pusat atau apa sahaja hab yang boleh kita wujudkan di rantau ini.

“Ini adalah satu cadangan daripada kerajaan negeri Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam meraikan beliau dan rombongan, sempena lawatan dua hari di Sabah, malam tadi.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan semua barisan kabinet negeri Sabah.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata sekiranya syarikat penerbangan itu tidak boleh dilaksanakan, satu alternatif lain akan dirancangkan bagi mempertingkatkan jaringan perhubungan.

“Kalau boleh dibuat kita akan buat dan kalau tidak boleh, kita akan cari alternatif lain untuk membangunkan perhubungan, khususnya dalam industri pelancongan, kerana saya lihat masa hadapan adalah cerah dalam industri ini,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini Sarawak sudah mengumumkan empat dasar untuk menuju ke negeri paling maju melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Salah satu dasar itu adalah untuk mempertingkatkan industri pelancongan dan sudah tentunya menubuhkan syarikat penerbangan ini, yang akan memajukan lagi sektor berkenaan bukan sahaja di Sarawak, malah di Sabah dan Malaysia,” tambahnya.

Sementara itu, Mohd Shafie dalam sidang media yang sama berkata kerajaan Sabah tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan tersebut.

“Kita tidak mempunyai masalah untuk membuat kajian kerana Sabah dan Sarawak mempunyai lesen.

“Sarawak mempunyai syarikat Hornbill Skyways, dan Sabah ada Sabah Air. Sudah semestinya kita memerlukan jaringan perhubungan yang baik, kerana banyak lagi kawasan luar bandar yang sukar dikunjungi.

“Saya rasa dengan ada jaringan perhubungan yang baik, Sabah dan Sarawak boleh menjadi jambatan memperkukuhkan lagi hubungan Malaysia dengan negara jiran, seperti Brunei dan Indonesia,” katanya. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news