Sarawak sewajarnya biayai pembinaan tiga jambatan -Baru Bian 0 6294

KUCHING: Kerajaan Sarawak sewajarnya membiayai pembinaan Jambatan Batang Lupar, Batang Igan dan Rambungan kerana ia adalah sebahagian daripada projek jalan pesisir.

Justeru, Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata adalah tidak perlu untuk kerajaan negeri mengeluh dengan kerajaan persekutuan kerana tidak membantu dalam merealisasikan projek tersebut.

“Adalah jelas bahawa ketiga-tiga jambatan itu adalah sebahagian daripada jalan pesisir, yang akan menjadi jalan negeri dan bukan jalan persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Krismas dan Tahun Baharu 2019 di Dewan Serba Guna Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, semalam.

Menurut beliau, sememangnya kerajaan persekutuan sebelum ini telah bersetuju untuk membiayai sepenuhnya pembinaan Jambatan Rambungan dan Jambatan Batang Igan manakala pembinaan Jambatan Batang Lupar dibiayai secara 50-50 antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Bagaimanapun, Baru menjelaskan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang tidak dapat merealisasikan projek tersebut atas faktor kekangan kewangan.

“Itulah sebabnya keputusan untuk menangguhkan pembinaan tiga projek jambatan itu dibuat. Ini tidak bermakna kita tidak berjuang untuk rakyat Sarawak, tetapi kita perlu berhemah dalam perbelanjaan, pembinaan atau projek baharu,” katanya.

Baru berkata negara kini mempunyai hutang lebih daripada RM1 trilion dan oleh sebab itu kerajaan perlu bijak dalam mengurus perbelanjaan serta cuba untuk tidak meningkatkan lagi hutang.

Baru berkata Kerajaan Sarawak dua bulan lalu juga telah mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk membayar balik di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, sebaik sahaja pembinaan setiap jambatan tersebut selesai.

Namun demikian, katanya tiada keputusan berhubung perkara itu dibuat setakat ini kerana kementeriannya perlu membincangkan lagi cadangan itu dengan Kementerian Kewangan dan kementerian lain yang berkaitan.

Sementara itu, Baru menyifatkan adalah tidak wajar untuk sesetengah pihak mendakwa kerajaan persekutuan tidak adil kepada Sarawak kerana tidak melihat keadaan dan keperluan Sarawak.

“Kita mesti ingat, banyak projek yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan di Sarawak seperti Jambatan Batang Sadong dan Lebuh Raya Pan Borneo. Jangan kata kami tidak mempedulikan Sarawak, ini hanya perkara kecil yang dipolitikkan,” katanya.

Beliau menambah, banyak projek persekutuan lain juga sedang dilaksanakan di Sarawak iaitu daripada aspek kesihatan, pendidikan, pembangunan luar bandar dan pertanian. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13146

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12617

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news