Sarawak Tidak Berganjak Dalam Tuntutan Ke Atas Hak-Hak Negeri 0 6204

SARAWAK tidak akan berganjak dalam tuntutannya ke atas hak-hak dan kuasa negeri ini yang terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.

Tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, allahyarham Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan) telah memulakan usaha itu dan kini disusuli oleh beliau.

“Kita tidak akan berganjak kerana ini adalah hak kita dan akan kita pertahankan,” katanya ketika berucap pada Malam Warisan Pendekar Rumpun Silat Sarawak (RSS) Wilayah Kuching 2019 yang berlangsung di Stadium Perpaduan di sini, malam Jumaat.

Sama seperti menuntut ilmu silat, Abang Johari berkata perjuangan Sarawak menuntut hak-hak dan kuasa negeri daripada Kerajaan Persekutuan adalah dengan niat yang baik.

“Dalam perjuangan ini, niat kita harus baik. Sebagai contoh kita kenakan cukai jualan lima peratus ke atas hasil minyak dan gas yang ada di negeri ini.

“Niat kita adalah dana daripada kutipan cukai ini akan kita laburkan semula untuk projek pembangunan rakyat,” katanya.

Abang Johari turut memberi jaminan dengan adanya sokongan penuh rakyat termasuk para pesilat RSS beliau akan meneruskan langkahnya dalam menuntut hak-hak negeri ini.

Bercakap mengenai majlis tersebut, pengerusinya Fazzrudin Abdul Rahman berkata ia menghimpunkan seramai 350 pesilat dari 17 buah perguruan.

Malam Warisan Pendekar RSS ini juga sebagai penutupan pertandingan silat 5×5 untuk mencungkil bakat-bakat baru pesilat sebagai persediaan mengharungi SUKMA 2020 di Johor.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Presiden RSS Haneef Ali serta yang lain. – Utusan Borneo

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news