Sarawak tubuh jawatankuasa antara kerajaan kaji MA63 0 5890

Kerajaan Sarawak akan menubuhkan jawatankuasa antara kerajaan (IGC), dianggotai anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri, untuk mengkaji semua aspek Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia (MA63), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata jawatankuasa itu yang akan meneliti cadangan kerajaan persekutuan untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung Malaysia, perlu bebas untuk mengkaji dan berinteraksi.

“Saya menghargai cadangan untuk meminda perlembagaan bagi mengembalikan kedudukan Sarawak (sebagai rakan sekutu),” katanya dan menurutnya IGC ini akan diselaraskan dengan model IGC asal yang ditubuhkan untuk melaporkan terma dan syarat yang telah dipersetujui ketiga-tiga negeri berdaulat untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

“Saya fikir adalah lebih baik untuk kita melihat perkara ini secara konstruktif dan menyeluruh kerana terdapat Perkara 161B dalam perlembagaan yang perlu diambil kira,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran dan Persidangan Forum Air dan Air Sisa Borneo Keempat 2018 di Kuching, Sarawak hari ini.

Abang Johari berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong di sini pada Ahad bahawa kerajaan akan meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung Malaysia. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12998

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12472

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news