Satu kawasan baru wabak rabies diisytihar di Sarawak 0 5540

Kerajaan Sarawak hari ini mengisytiharkan kawasan Kampung Selarat Sematan di daerah Lundu sebagai kawasan baru wabak rabies.

KUCHING – Kerajaan Sarawak hari ini mengisytiharkan kawasan Kampung Selarat Sematan di daerah Lundu sebagai kawasan baru wabak rabies atau penyakit ‘anjing gila’ di negeri ini.

“Memandangkan kampung ini terletak di luar dari 10 kilometer radius kawasan diisytihar sebagai wabak rabies sebelum ini.

“Maka, ini adalah kawasan terbaru yakni kawasan ke-31 diisytihar sebagai kawasan wabak rabies di Sarawak,” menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merupakan pengerusi jawatankuasa itu yang ditubuhkan sekitar pertengahan tahun lepas, khusus bagi menangani masalah penularan jangkitan penyakit tersebut di negeri ini.

Sehingga kini, jangkitan penyakit anjing gila sudah meragut lapan nyawa di Sarawak. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15420

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news