Semangat Mun Yee tak luntur 0 5783

Semangat Mun Yee tak luntur

KUALA LUMPUR: Di sebalik ketidaktentuan yang melanda ketika ini disebabkan pandemik COVID-19, ia tidak melunturkan semangat penerjun sensasi negara, Leong Mun Yee.

Atlet berusia 35 tahun itu menegaskan dia tetap kekal fokus terhadap sesi latihannya biarpun sudah lama tidak beraksi dalam sebarang kejohanan.

Mun Yee berharap Kejohanan Terjun Kebangsaan yang dijadual berlangsung pada 7 dan 8 November ini dapat diteruskan untuk sekurang-kurangnya bagi menguji tahap prestasi mereka.

“Kalau ikutkan kita ada kejohanan kebangaan bulan depan tetapi dengan situasi sekarang ini (peningkatan jumlah kes COVID-19 dalam negara), semua belum pasti lagi.

“Apa pun, latihan berjalan seperti biasa dan mengikut apa yang dirancang. Yang paling penting sekarang adalah kami melakukan persiapan terlebih dahulu sebagai persediaan sebelum menyertai sebarang kejohanan,” kata Mun Yee.

Sebagai rekod, Mun Yee sudah pun melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan selepas dia bersama gandingannya, Pandelela Rinong meraih pingat perak dalam acara 10 meter terjun seirama di Kejohanan Terjun Dunia FINA ke-18 di Gwangju, Korea Selatan, Julai tahun lalu.

Aksi di Tokyo mungkin menjadi penampilan terakhir buat Mun Yee disebabkan faktor usia yang semakin meningkat.

Sebelum ini, atlet berasal dari Ipoh, itu sudah membuat penampilan dalam empat temasya Olimpik bermula edisi 2000 di Sydney, 2004 di Athens, 2008 di Beijing dan 2012 di London. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7761

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5380

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news