Sengaja guna jalan sunyi nak cabul dan rogol anak angkat 0 7659

KUCHING: Seorang gadis menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah di Matang, kerap ponteng sekolah kerana trauma apabila dirogol dan dicabul bapa angkatnya ketika menghantar dan mengambilnya dari sekolah.

Menurut sumber, perbuatan bapa angkatnya terbongkar apabila mangsa dipanggil pihak pengurusan sekolah pada Selasa lalu yang ingin mengetahui punca dia kerap ponteng.

Selepas dipujuk, dia memberitahu enggan ke sekolah bagi mengelak bapa angkatnya mencabul dan merogol yang menggunakan motosikal menghantar dan mengambilnya.

“Bapa angkatnya akan memilih jalan sunyi dan memberhentikan motosikal di tepi jalan raya untuk mencabulnya dengan menyentuh kemaluan dan seluruh badannya.

“Kejadian lebih teruk pada 17 Mei lalu apabila mangsa dibawa oleh suspek ke kawasan semak dan merogolnya,” kata sumber.

Gadis itu diugut supaya mendiamkan diri jika tidak mahu ditampar olehnya atau akan dirogol lagi.

Mangsa pernah menceritakan kejadian tersebut kepada ibu angkatnya tetapi tidak dipercayai.

Pihak sekolah kemudian membuat satu laporan polis berhubung kejadian yang membawa kepada penangkapan suspek sekitar pukul 4.45 petang Rabu di Kampung Temenggong, Matang.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan semasa dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu suspek berusia 64 tahun terbabit akan direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

“Soal siasat ke atas suspek mendapati dia mengaku ada mencabul mangsa dengan menyentuh kemaluan dan merogolnya di kawasan semak,” kata Aidil.

Tambahnya, mangsa yang merupakan anak saudara isteri suspek yang diangkat sejak bayi.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan sebagai kes rogol.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news