Seorang maut, dua cedera kemalangan di Bukit Begunan 0 7802

Sri Aman:Seorang maut, manakala dua cedera dalam satu kemalangan kendiri di Bukit Begunan, jalan menuju ke Sri Aman sekitar jam 12.48 malam tadi.

Menurut info mangsa yang maut dan cedera dikatakan tercampak keluar dari lori yang mereka naiki. Setelah hilang kawalan ketika menuruni bukit. Susulan daripda kemalangan pihak bomba telah dihubungi untuk ke lokasi.

Lebih malang lagi, ketika pihak pertugas dan penyelamat sedang memberi rawatan kepada mangsa yang cedera, secara tiba-tiba sebuah bas Express yang dalam perjalanan dari Kuching menghala ke Sri Aman telah cuba mengelak, namun ia terbabas ke bahu jalan.

Dilaporkan kesemua 42 penumpang bersama pemandu terselamat dan berjaya dikeluarkan oleh pihak Bomba melalui pintu kecemasan dibahagian belakang bas. -Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13155

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12625

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news