Simpan bahan lucah dalam telefon bimbit, lelaki didenda RM7,000 0 5774

IPOH: Seorang pekerja kilang didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret semalam kerana memiliki video dan gambar lucah dalam telefon bimbitnya 2 tahun lepas.

Majistret Siti Hafiza Jaafar menjatuhkan hukuman ke atas KK Ravi, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki telefon bimbit yang mengandungi video dan gambar lucah di Hotel Bajet Ipoh, September 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan lelaki itu menjalani hukuman penjara 12 bulan jika tidak membayar denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan menjijikkan.

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Chiang Mei Wan yang mewakili tertuduh pula memohon mahkamah meringankan hukuman ke atas tertuduh kerana kesalahan itu pertama kali dilakukannya dan dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi.–BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news