Skandal Aliff Aziz, Nismell Minta Maaf Pada Bella Astillah 0 8239

Kemelut rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya bertemu titik noktah selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Terdahulu, gadis dengan nama samaran Nismell yang dikaitkan dengan skandal Aliff Aziz mengakui ada mengambil gambar bersama Aliff Aziz dalam sebuah private party namun menolak dakwaan yang mereka menjalin sebarang hubungan.

Dalam pada itu, Nismell berkata dia tidak sangka gambarnya bersama Aliff yang dikongsikan kepada rakannya itu tular sehingga mencetuskan kontroversi. Jelasnya lagi, Aliff hanyalah tetamu parti tersebut dan mereka tidak langsung berhubung selepas itu.

“Sumpah demi Allah, Aliff tidak ada buat apa-apa dengan saya. Kami sekadar mengambil gambar di sebuah parti. Ramai lagi gadis pada waktu itu.”

“Sedih sangat bila orang kutuk dan kecam. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Tak tahu hendak mengadu kepada siapa. Keluarga? Mereka pun seperti tidak mahu ambil tahu.

“Saya cuba untuk berubah, tapi bila kena kecam macam itu saya terlalu tertekan. Tak berhenti menangis. Masyarakat tak faham. Tanya tuan badan sebelum bercakap,” katanya kepada Utusan Online.

Gadis berusia 16 tahun itu juga memberitahu ada menghantar mesej menerusi Instagram kepada Bella Astillah namun namun masih tiada jawapan balas. Nismell secara ikhlas memohon maaf kepada Bella andai kontroversi tersebut membuatkan dia dan Aliff berpisah.

“Saya ada menghantar pesanan kepada Bella di Instagram, tapi dia tak baca lagi. Saya tahu Aliff suami orang, takkan saya nak buat benda tak elok dengan dia. Bella, saya minta maaf. Saya sekadar bergambar sahaja,” katanya.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13951

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news