AS tangguh larangan ke atas Huawei selama 90 hari 0 5638

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan penangguhan selama 90 hari ke atas larangan berurusan dengan gergasi teknologi China, Huawei, kerana ruang diperlukan untuk mengelakkan gangguan besar-besaran.

Sebaliknya, ia memberikan lesen sementara yang akan membolehkan Huawei terus menjalankan perniagaan bersama firma AS.

“Lesen am sementara itu bagi memberi masa kepada pengendali untuk membuat pengaturan lain dan (memberi) ruang kepada jabatan untuk menentukan langkah-langkah jangka panjang yang sesuai untuk AS dan penyedia telekomunikasi asing yang kini bergantung pada peralatan Huawei untuk perkhidmatan kritikal,” kata Setiausaha Perdagangan, Wilbur Ross.

“Lesen ini akan membolehkan operasi berterusan untuk pengguna telefon pintar Huawei sedia ada dan rangkaian jalur lebar luar bandar,” katanya.

Pentadbiran Trump baru-baru ini secara rasminya menyenarai hitam Huawei, sekali gus akan menyukarkan lagi gergasi telekomunikasi itu untuk menjalankan perniagaan dengan syarikat AS.

Jabatan Perdagangan AS mengeluarkan peraturan yang meletakkan Huawei dan 68 sekutunya di lebih dua belas negara dalam Senarai Entiti, langkah yang menghalang syarikat itu membeli komponen daripada firma AS tanpa kelulusan kerajaan terlebih dulu.

Tindakan itu berlaku apabila kedua-dua ekonomi terbesar di dunia itu terbabit dalam perangan tarif yang disifatkan pegawai AS sebagai amalan perdagangan tidak adil China.

AS percaya telefon pintar Huawei dan peralatan rangkaian boleh digunakan China untuk mengintip rakyat AS, tuduhan yang berulang kali dinafikan Huawei. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13206

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12669

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news