SKMM tiada cadangan untuk tutup Facebook 0 5797

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan setakat ini pihaknya tidak bercadang untuk menutup laman sosial, Facebook di negara ini.

Pengerusinya, Al-Ishsal Ishak, berkata bagaimanapun suruhanjaya itu dan pihak berkuasa berkaitan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau pelbagai platform media sosial bagi mengelak sebarang perbuatan yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Kita akan teruskan pemantauan. Kalau situasi ini berleluasa, pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk bertindak bagi menghentikan sebarang isu membabitkan kaum, agama dan institusi Diraja.

“Kita tidak bercadang untuk menutup Facebook di negara ini, walaupun sebelum ini saya dengan ada khabar angin mengatakan bahawa SKMM akan menutup Facebook.

“Ini soal serius. Kita hidup dalam lingkungan undang-undang, dan kita ikut peruntukan undang-undang. Ia tidak membolehkan kami menutup platform ini.

“Kita akan bertindak dalam lingkungan undang-undang bersama pihak polis seperti sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Jenayah Siber PDRM-SKMM di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor.

Jawatankuasa bersepadu itu akan menerajui gerak kerja dan tindakan dalam usaha memerangi ancaman jenayah siber termasuk penyamaran, cetak rompak digital, judi dalam talian, hasutan, ugutan dan berita palsu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan pemberita berhubung sama ada pihak SKMM bercadang untuk menutup sementara laman Facebook dalam usaha menyekat penularan video kejadian tembakan di Christchurch, New Zealand, baru-baru ini.

Sebelum ini, SKMM dalam satu kenyataan berkata suruhanjaya itu akan menutup akaun media sosial yang melanggar terma perkhidmatan berhubung penularan video penstriman serangan maut di Masjid Al Noor, Christchurch, Jumaat lalu.

Suruhanjaya itu memaklumkan sudah menghubungi pengendali platform media sosial untuk memadamkan video versi penuh dan versi diedit yang dimuat naik dalam platform mereka.

Sementara itu, berhubung cadangan supaya SKMM mengawal permainan video berunsurkan perang di negara ini, Al-Ishsal berkata suruhanjaya itu tidak akan menyekat permainan itu selagi kandungannya tidak melanggar peruntukan undang-undang.

“Tetapi jika kandungan permainan itu melanggar peruntukan undang-undang sedia ada, SKMM pasti mempunyai keupayaan untuk mengambil tindakan perlu,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kerugian mangsa jenayah siber, Mazlan berkata kerugian yang dicatatkan bagi tahun lalu adalah RM398 juta, manakala bagi tahun ini iaitu Januari hingga Mac adalah RM64 juta.-BH Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news