Subsidi tiket kapal terbang RM600 setahun untuk pelajar IPT di luar negeri Sarawak 0 7218

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg telah mengumumkan memberikan peruntukan subsidi tiket kapal terbang sebanyak RM600 setahun kepada pelajar IPT dari Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia, Labuan atau Sabah untuk pulang menyambut perayaan bersama keluarga di Sarawak.

Jelasnya, sebelum ini peruntukan subsidi sebanyak RM300 telah diberikan oleh kerajaan negeri kepada pelajar IPT dari Sarawak untuk pulang menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama keluarga.

Tambahnya lagi, sebanyak RM300 lagi merupakan tambahan subsidi kepada pelajar yang datang dari keluarga yang ibu bapa mereka berkahwin campur seperti bapanya Cina dan ibunya Iban dan mereka juga ingin menyambut Hari Gawai pada bulan Jun akan datang bersama keluarga.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina Gabungan Persatuan-Persatuan Hakka Sarawak 2019 di Kuching.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Abang Jo menjelaskan , inisiatif yang diberikan tersebut tidak menjurus kepada hanya kaum yang tertentu sahaja tetapi semua anak-anak Sarawak yang belajar di luar negeri dan mereka layak untuk mendapatkan subsidi tersebut.

Selain itu, perkahwinan campur antara kaum di Sarawak telah menjadi salah satu keunikan yang ada pada Sarawak sekaligus generasi baru Sarawak merupakan generasi hibrid campuran dari pelbagai kaum yang ada di Sarawak.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr. Sim Kui Hian. – TV Sarawak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13128

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12501

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news