Taikun Sarawak Ting Pek Khiing meninggal dunia 0 7225

Taikun Sarawak Ting Pek Khiing meninggal dunia

Taikun hartanah terkenal dari Sarawak, Tan Sri Ting Pek Khiing, 75, menghembuskan nafas terakhir petang semalam di kediamannya di Jalan Setia Raja di Kuching.

Berita kematian itu disahkan anggota keluarga mendiang yang enggan namanya disiarkan.

Namun, maklumat lanjut belum diperoleh berikutan keluarga mendiang tidak bersedia mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Berdasarkan tinjauan Bernama, beberapa van yang membawa bunga dan peralatan lain dilihat memasuki rumah mendiang.

Ting terkenal apabila dapat membina sebuah hotel di pulau Langkawi dalam tempoh 100 hari sebagai persediaan untuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (Lima) pada 1991.

Mendiang yang sangat dikenali dalam pembangunan hartanah dan infrastruktur turut melakar nama menerusi penglibatannya dalam pembinaan beberapa buah lapangan terbang di negara ini.

Ting juga terlibat dalam peringkat awal pembinaan projek Hidroeletrik Bakun, yang merupakan antara projek terbesar dunia seumpama itu pada tahun 1990-an.

Bernama – Malaysia Kini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news